Advertising
Malaysia Ajak Russia Berentap Oktober Ini
MakanBola
Aima/MakanBola

Malaysia dikhabarkan telah mengajak Russia untuk berentap dalam satu aksi persahabatan pada Oktober ini.

Skuad negara yang kini dibimbing oleh Pau Marti Vicente bagi menggantikan tugas Kim Pan-gon sedang merangka persiapan rapi bagi mengharungi beberapa kejohanan penting termasuklah Kelayakan Piala Asia 2027.

”Selain perbincangan mengenai perancangan Pestabola Merdeka 2024 dan Piala Mitsubishi Electric ASEAN, saya dan Datuk Haji Hamidin juga mula melakukan perancangan awal bagi memastikan persediaan menjelang Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac tahun depan dibuat lebih baik,” kata Pau Marti.

Ad

Dalam masa yang sama, terdapat desas-desus sebilangan negara Asia Tenggara sedang berhubung rapat bersama Persatuan Bola Sepak Russia bagi berbincang mengenai potensi untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Ad

Terkini menerusi laporan daripada portal bola sepak Asia Tenggara terkenal, The Asean Football memaklumkan bahawa Malaysia telah menghantar jemputan ke Russia untuk mengadakan satu aksi persahabatan Oktober ini.

“Selain Vietnam dan Thailand, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menjemput pasukan kebangsaan Rusia untuk perlawanan persahabatan Oktober depan di Malaysia,” tulis The Asean Football di laman X.

Ad
Ad

Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai berita ini daripada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau mana-mana pihak berkepentingan yang lain.

Skuad Harimau Malaya bakal menghadapi Pesta Bola Merdeka pada September ini disertai oleh 3 pasukan hebat yang lain seperti Lubnan, Tajikistan dan Filipina.