Advertisement
Malaysia & Australia ‘Berebut’ Joshua Rawlins
Harimau Malaya
MakanBola
FC Utrecht

Malaysia berpotensi untuk melihat seorang lagi bakat kacukan selepas pertahanan uda berbakat, Joshua Rawlins dikatakan boleh mewakili skuad kebangsaan.

Pemain berusia 19 tahun ini merupakan salah seorang prospek muda berpotensi besar yang kini sedang beraksi buat FC Utretcht di liga kedua Belanda.

Beliau yang pernah beraksi buat skuad muda Perth Glory di Australia berjaya memperagakan aksi yang konsisten di Belanda apabila beraksi dalam 24 perlawanan dan memperoleh 1682 minit setakat ini.

Malaysia bagaimanapun menerima tentangan sengit apabila pemain ini boleh mewakili tiga negara iaitu Australia, Malaysia dan juga Belanda.

Joshua kini sudah pun mengukuhkan tempat dalam skuad bawah 23 tahun Australia apabila beraksi bersama Piala Asia bawah 20 tahun yang menyaksikan Socceroos tewas kepada Uzbekistan pada peringkat suku akhir.

Aksi terbaru beliau adalah ketika membantu skuad muda Australia menduduki tempat ketiga Maurice Revello Tournament setelah menewaskan Perancis.

Prospek muda berbakat ini memiliki potensi untuk beraksi pada beberapa posisi pertahanan sungguhpun lebih menonjol selaku pertahanan kanan.

Sepanjang karier beliau, Joshua beraksi sebanyak 34 kali sebagai pertahanan kanan, 12 kali selaku pertahanan tengah dan beberapa kali sebagai pemain tengah.

Beliau juga memiliki seorang adik iaitu Aieden Rawlins yang baru berusia 14 tahun dan boleh beraksi buat Malaysia.

Khidmat beliau boleh dipertimbangkan tatkala kedua-dua pasukan dalam persediaan terbaik untuk ke Piala Asia di Qatar tahun hadapan.