Seorang Lagi Pemain Warisan Malaysia Tembusi Pasaran Australia
Harimau Malaya
MakanBola
Aieden Rawlins
Advertisements

Malaysia kini serius untuk mencari lebih ramai pemain warisan berkualiti untuk membantu skuad kebangsaan apabila menemui seorang lagi pemain yang berpotensi besar buat skuad negara.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Harimau Abroad, pemilik nama Airden Rawlins merupakan bintang dalam pembikinan yang kini mula disebut-sebut sebagai bintang berpotensi besar di Australia.

Advertisements

Baru berusia 14 tahun, beliau merupakan antara pemain yang menjadi tumpuan di sana.

Ketika ini, beliau beraksi bersama akademi salah sebuah kelab gergasi Australia iaitu Perth Glory yang pernah diwakili oleh pemain pertahanan JDT, Matthew Davies.

Advertisements

Menurut sumber, beliau boleh mewakili Malaysia kerana ibunya merupakan warganegara Malaysia selain beraksi pada posisi yang amat diperlukan oleh Harimau Malaya.

Aieden beraksi selaku pertahanan tengah di Akademi Perth Glory manakala beliau juga mempunyai seorang abang iaitu Joshua Rawlins yang kini berusia 19 tahun.

Advertisements

Joshua merupakan pemain skuad bawah 23 tahun Australia yang beraksi sebagai pertahanan kanan.

Beliau beraksi bersama salah sebuah kelab di Belanda iaitu FC Utrecht, liga divisyen 2 di sana.

Advertisements

Ini juga merupakan prospek yang cukup baik buat Malaysia sekiranya beliau memilih untuk beraksi buat skuad kebangsaan seperti yang dilakukan oleh Matthew Davies.

News Comments Account