Malaysia Bakal Bertemu Palestin Di Qatar?
Harimau Malaya
Aima/MakanBola
Advertisements

Nampaknya hajat Malaysia menentang Palestin dalam aksi persahabatan antarabangsa berkemungkinan jadi kenyataan.

Pemerhati bola sepak negara, Piang Shankly mendedahkan salah satu aksi pemanas badan yang dirancang bakal dilalui Harimau Malaya sebelum Piala Asia 2023 ialah Palestin.

Sekiranya perancangan ini dapat direalisasikan, aksi persahabatan ini bakal diadakan di Doha, Qatar sebelum kejohanan bermula.

Advertisements

Ini sedikit sebanyak memberi kegembiraan kepada penyokong kedua-dua pasukan yang berhajat melihat Malaysia dan Palestin bersemuka di atas padang.

Sebelum ini, Palestin sepatutnya dijadualkan beraksi dalam Pestabola Merdeka 2023. Bagaimanapun, perancangan tersebut terpaksa dibatalkan susulan konflik Israel-Palestin yang tercetus pada 7 Oktober lalu.

Advertisements

Selain Palestin, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga dilaporkan sedang mencari satu lagi pasukan untuk menguji keupayaan Harimau Malaya.

Ini selepas aksi persahabatan Arab Saudi-Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 3 Januari ini dibatalkan atas arahan pengendali Itali, Roberto Mancini.

Advertisements

Sebaliknya, The Green Falcons bakal berdepan Lubnan, Palestin dan Hong Kong sebagai lawan pemanas badan sebelum Piala Asia 2023 bermula seperti yang dilaporkan ASEAN Football.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram