Roberto Mancini ‘Punca’ Arab Saudi Tolak Malaysia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Arab Saudi, Roberto Mancini difahamkan menjadi watak penting yang menyebabkan pertemuan antara Malaysia san gergasi Asia itu dibatalkan.

Harimau Malaya sebelum ini bercadang untuk bertemu dengan pasukan ke-56 dunia itu dalam satu aksi persahabatan pada bulan Januari sebagai persediaan ke Piala Asia.

Hasrat tersebut bagaimanapun tertangguh selepaa Arab Saudi memilih tiga negara lain iaitu Lubnan, Palestine dan juga Hong Kong bagi aksi persahabatan.

Advertisements

Menerusi satu perkongsian oleh penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Piang Shankly, beliau memberitahu bahawa keputusan akhir oleh Roberto Mancini menyebabkan Arab Saudi memilih pasukan lain.

Malaysia kini sedang berusaha untuk mencari lawan baharu sebagai persediaan kurang sebulan sebelum kejohanan berprestij Asia itu bermula.

Palestine dikatakan bakal menjadi lawan buat anak buah Kim Pan-gon yang kini berada pada kemuncak prestasi.

Advertisements

Malaysia berjaya meraih tambahan +26.1 mata untuk melonjak ke kedudukan 130 dunia berbanding 137 dunia sebelum ini setelah meraih dua kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.

Pertemuan dengan pasukan elit bakal membantu persediaan skuad kebangsana yang diundi bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain di Qatar tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram