Korea Selatan Hadapi Pasukan Ke-63 Dunia Sebelum Bertemu Malaysia
Harimau Malaya
Korea FA
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mahu memastikan anak buahnya bersedia untuk beraksi di pentas Piala Asia 2023 apabila mengadakan satu lagi aksi persahabatan berdepan pasukan ke-63 dunia.

Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi tempoh yang amat memberangsangkan selepas merekodkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Harimau Malaya juga mendapat tambahan +26.1 mata FIFA dan melonjak ke kedudukan 130 dunia.

Advertisements

Klinsmann yang datang ke Stadium Sultan Ibrahim bagu menyaksikan pertembungan antara JDT dan Ulsan Hyundai kini dalam perancangan akhir untuk menghidu resipi Malaysia di pentas Asia.

Beliau akhirnya datang dengan percaturan untuk mempamerkan persembahan terbaik selepas menyatakan hasrat untuk muncul juara Piala Asia kali ini.

Advertisements

Korea Selatan difahamkan akan menghadapi tentangan Iraq yang juga merupakan pasukan yang telah menewaskan Indonesia dengan keputusan 5-1 tempoh hari.

Korea Selatan juga mencatatkan aksi yang cukup memukau dalam 5 aksi termasuklah ketika berdepan Singapura (5-0) dan juga Vietnam (6-0).

Advertisements

Perlawanan berdepan jaguh Asia ini bakal menjadi kayu ukur terbaik dengan sasaran Malaysia untuk mara sejauh mungkin dalam kejohanan tersebut.

Malaysia akan bertemu ke Korea Selatan pada 25 Januari 2024 di Stadium Al-Janoub, Qatar.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram