Advertising
Nama Kim Pan-gon Kembali Jadi Sebutan Di Korea Selatan
MakanBola
Azri / MakanBola

Kecemerlangan Kim Pan-gon memulihkan kembali reputasi bola sepak Malaysia menyebabkan namanya menjadi sebutan di Korea Selatan.

Nama Pan-gon bukan calang-calang di Korea Selatan kerana beliau pernah menggalas peranan sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) dari 2018 hingga 2021.

Semasa tempoh tersebut, beliau juga bertanggungjawab membantu penambahbaikan skuad Korea Selatan menerusi kapasiti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengukuhan Skuad Kebangsaan KFA.

Ad

Disebabkan impaknya terhadap pasukan yang diberi jolokan Pahlawan Taeguk itu, setiap pencapaian yang dilakar Pan-gon bersama Harimau Malaya menjadi tumpuan media.

Ad

Ini termasuk kejayaan Malaysia merekodkan dua kemenangan dalam dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada November lalu.

Ad
Ad

Di YouTube sahaja, video mengenai Pan-gon dimuatnaik selang dua hari oleh pengguna media sosial di sana dengan nilai tontonan mencecah 100,000 kali.

Ad

Sebelum ini, ramai pengguna media sosial Korea Selatan berharap Pahlawan Taeguk tidak memandang rendah cabaran Harimau Malaya.

Ini kerana Pan-gon bukan saja cemerlang mengembalikan prestasi hebat skuad negara. Malah, beliau juga sudah masak dengan arena bola sepak Korea berikutan pengalamannya bersama KFA.

Selepas 27 perlawanan bersama Harimau Malaya, Pan-gon telah merekodkan 19 kemenangan, seri dua kali dan enam kali kalah.

Jika diterjemah dalam bentuk peratusan, bekas jurulatih Hong Kong itu memiliki rekod kemenangan 70.3% bersama Malaysia.

Dan ini sesuatu yang diharap dapat membantu skuad negara bila membuka kempen Piala Asia 2023 nanti.

Malaysia bakal membuka gelanggang Kumpulan D dengan turun menentang Jordan pada 15 Januari ini.