Warga Korea Selatan Minta Berhati-Hati Dengan Kim Pan-gon
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Sebilangan warga Korea Selatan menzahirkan kerisauan terhadap percaturan yang dibawa oleh ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menjelang pertemuan di Piala Asia tahun hadapan.

Jurulatih berusia 53 tahun itu berjaya membawa kejayaan luar biasa kepada bola sepak Malaysia apabila naik ke tangga 130 dunia berbanding 157 dunia kira-kira dua tahun lalu.

Skuad kebangsaan juga memiliki rekod kemenangan sebesar 67 peratus sejak dikendalikan oleh jurulatih Korea Selatan ini.

Advertisements

Fokus terarah kepada. Harimau Malaya apabila menjadi satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang mencatat dua kemenangan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026.

Berita Lain: Cristiano Ronaldo Disaman

Kemenangan berdepan pasukan ke-102 dunia, Kyrgyzstan telah membuka mata banyak pihak terhadap kemampuan Malaysia dan Kim Pan-gon.

Advertisements

“Sekali Malaysia bangkit, mereka akan menjadi pasukan terkuat di Asia Tenggara seperti dulu.”

Peminat Korea Selatan juga tidak mahu pasukan kebangsaan mereka memandang rendah keupayaan Malaysia apabila bertemu di Piala Asia kelak.

“Korea Selatan tidak boleh memandang rendah kepada Malaysia. Kita akan bertemu di Piala Asia 2023.”

Advertisements

“Kim Pan-gon merupakan individu yang melantik bekas jurulatih b-20 Korea, Kim Eun Jung, jurulatih pasukan wanita negara (Colin Bell) dan juga bekas jurulatih pasukan Korea Selatan iaitu Paulo Bento.”

“Beliau merupakan seorang yang sangat mengetahui tentang bola sepak Korea Selatan,” ujar peminat seperti yang dikongsikan oleh laman Pop Crave.

Korea Selatan kini dibimbing oleh Jurgen Klinsmann kembali menemui rentak sebenar apabila merekodkann kemenangan berdepan Singapura dan juga China.

Advertisements

Malaysia dan Korea Selatan akan bertemu di Piala Asia pada 25 Januari 2023 di Stadium Al-Janoub, Qatar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram