Kim Pan-gon: Saya Sangat Cemburu
Harimau Malaya
Haziq/MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan rasa cemburu terhadap sambutan yang diterima teutamanya pada kejohanan bola sepak di Korea Selatan.

Pengendali berusia 54 tahun itu membawa kejayaan bermakna buat Harimau Malaya selepas menundukkan Kyrgyzstan menerusi satu kemenangan dramatik 4-3 pada saat akhir.

Beliau yang ditemui ketika tamat perlawanan menceritakan detik manis tersebut dan tidak menyangka bahawa skuad negara mampu melakar kemenangan ini.

Advertisements

Akan tetapi, Pan-gon sempat memuji watak pejuang yang tidak mengenal erti kekalahan oleh para pemain Malaysia hingga tamat permainan.

Saya sangat berbangga dengan aksi pasukan pada malam ini dan para pemain menunjukkan bahawa inilah tahap pemain Malaysia yang sebenar,” jelasnya pada sesi sidang media tadi.

Advertisements

Beliau juga berharap agar sokongan padu daripada rakyat Malaysia dapat ditingkatkan terutamanya hadir ke stadium untuk memberikan sokongan penuh.

“Sudah tentu saya cemburu, sangat cemburu. Saya tidak pernah lihat di Korea, aksi final dengan sokongan penyokong sehingga 75,000. Ada aksi final antara kelab juga di Malaysia yang cecah seramai itu.”

Advertisements

“Hari ini cuma ada 17,000 sahaja. Sudah tentu saya hargai sokongan seramai ini, tetapi saya mengharapkan lebih kerana stadium ini berkapasiti 80,000. Saya juga pernah lihat sokongan mencecah 80,000 tetapi saya hargai kedatangan hari ini. Ia menjadi faktor kebangkitan pasukan kami pada aksi ini, ” jelasnya.

Malaysia berjaya mencuri tambahan +15.49 mata FIFA untuk melonjak ke kedudukan 130 dunia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram