Kekayaan Mula Disiasat, Cristiano Ronaldo Berdepan Saman RM5 Bilion
Bisnes
Al-Nassr FC
Advertisements

Penyerang pasukan Al-Nassr, Cristiano Ronaldo kini dalam fasa yang cukup sukar apabila beliau berdepan saman yang hampir mencecah AS$1 bilion (RM4.67 bilion).

Hal ini susulan apabila kapten Portugal ini telah bekerjasama dengan sebuah syarikat mata wang kripto yang terbesar di dunia, Binance.

Menerusi satu kenyataan oleh mahkamah di Florida mendakwa bahawa bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid itu terlibat dalam kegiatan “mempromosi, membantu, dan/atau secara aktif terbabit dalam menawarkan serta menjual sekuriti tidak berdaftar bersama Binance”.

Advertisements

Ronaldo dan Binance telah mewujudkan bekerjasama bagi melancarkan koleksi NFT ForeverCR7 pada penghujung 2022 dengan sebanyak 29,327 NFT ditawarkan pada harga bermula 10 USDT.

Sebuah video yang tular media sosial juga mengumumkan perkongsian itu sambil Ronaldo memberitahu bakal pelabur “kami akan mengubah permainan NFT dan membawa bola sepak ke peringkat seterusnya”.

Pihak yang menuntut mendakwa bahawa promosi Ronaldo terhadap Binance membawa kepada “peningkatan 500% dalam carian” untuk pertukaran kripto, yang didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Advertisements

Mereka juga mengatakan ia menyebabkan orang ramai menggunakan firma itu untuk melabur dalam apa yang mereka panggil “sekuriti tidak berdaftar” seperti mata wang kripto BNB Binance.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram