Hasrat Lihat Dua ‘Ronaldo’ Beraksi Serentak Bakal Tercapai
Asia
Cristiano Ronaldo
Advertisements

Impian peminat bola sepak melihat dua ‘Cristiano Ronaldo’ beraksi sama-sama dalam Al-Nassr bakal tercapai.

Ini selepas anak sulung legenda Portugal itu, Cristiano Jr sudah memeterai perjanjian dengan Al-Alami bagi menyertai skuad remaja pasukan itu.

Perpindahan sensasi ini didedahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano hari ini. Sekiranya perpindahan ini berjalan lancar, Cristiano Jr bakal menyertai skuad B-15 Al-Nassr.

Advertisements

Sebelum ini, pemain muda berusia 13 tahun itu pernah menyertai akademi Real Madrid, Juventus dan Manchester United.

Selepas meninggalkan United secara persetujuan bersama pada tahun lepas, Ronaldo memindahkan keluarganya ke Arab Saudi selepas menerima kontrak dengan Al-Nassr.

Cristiano Jr dilihat mempunyai rekod jaringan yang menarik sebagai penyerang. Akhbar Daily Mail mendedahkan dia pernah menjaringkan 25 gol dalam lapan perlawanan untuk skuad remaja Juventus.

Advertisements

Walaupun sudah bergelar legenda dunia, Ronaldo tidak mahu memberi tekanan kepada puteranya itu memilih karier sebagai pemain bola sepak.

“Saya tidak akan memberi tekanan kepadanya. Dia boleh lakukan apa yang dia mahu.

“Apa yang saya mahu juga untuk Cristianito dan orang lain ialah mereka gembira dan mereka memilih apa yang mereka mahu. Saya menyokong dalam pelbagai cara,” katanya.

Advertisements

Ronaldo berharap dapat kembali menambah koleksi gol apabila Al-Nassr menentang Damac dalam aksi terbaru Saudi Pro League esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram