Malaysia Bakal Diuji Dua Negara Handalan Timur Tengah
MakanBola
Aima/MakanBola
Sponsors

Malaysia bakal mengharungi ujian yang cukup hebat apabila bakal berdepan dengan dua pasukan hebat dari Timur Tengah.

Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal menghadapi ujian hebat apabila perlu berdepan cabaran tiga negara bagi aksi Pestabola Merdeka 2024.

Ad
Sponsors

Menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyatakan bahawa pertandingan Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 secara rasminya akan dilangsungkan ketika Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA.

Ad

Kesemua perlawanan dijadualkan berlangsung antara 2 hingga 10 September 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Skuad kebangsaan kini berada pada kedudukan ranking ke-135 dunia akan menentang tiga pasukan lain yang telah mengesahkan penyertaan pada pertandingan edisi kali ini iaitu juara bertahan, Tajikistan yang kini berada di ranking ke-102 dunia, Lebanon (117) dan Filipina (147).

Ad

Dua pasukan dari Timur Tengah ini berada pada kedudukan ranking FIFA yang lebih baik berbanding Malaysia dengan Tajikistan sudah menjadi lawan negara dua kali dalam tempoh dua tahun terakhir.

Ad

Harimau Malaya juga sudah bertemu Filipina dalam satu aksi persahabatan FIFA pada 2022 dengan anak didik Pan-gon merekodkan kemenangan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Pada Edisi Ke-42 tahun lalu, Harimau Malaya berjaya menewaskan India 4-2 pada separuh akhir pada 13 Oktober 2023 namun sekadar muncul naib juara selepas tewas 2-0 kepada Tajikistan pada Final yang berlangsung pada 17 Oktober 2023.

Tarikh majlis undian Pestabola Merdeka 2024 edisi ke-43 akan dimaklumkan kemudian bagi menentukan pasukan mana yang bakal bertembung pada separuh akhir.

Tarikh bagi hari perlawanan 1 untuk separuh akhir dan hari perlawanan 2 bagi final dan penentuan tempat ketiga turut akan ditetapkan nanti.