Ads
Malaysia Bawa 3 Watak Berbeza Kemudi Pertahanan Kanan
Harimau Malaya
Azri/Makanbola

Malaysia mempersiapkan tiga watak berbeza untuk mengemudi posisi pertahanan kanan pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Skuad kendalian Kim Pan-gon mahu bangkit daripada kedukaan apabila tunduk dua perlawanan menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.

Advertisements

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu memilih untui mempertaruhkan beberapa muka baharu termasuklah pemain Malaysia B-23 yang beraksi cemerlang di Qatar tempoh hari.

Advertisements
Advertisements

Tumpuan bagaimanapun terarah kepada posisi pertahanan kanan selepas ketiadaan Matthew Davies ketika menentang Oman tempoh hari.

Peranan beliau digalas oleh Azam Azmi namun pemain itu juga mengalami kecederaan sekaligus terpaksa diketepikan pada panggilan kali ini.

Advertisements

Matt Davies bagaimanapun kembali memperkuat skuad negara dalam senarai 26 pemain yang dipanggil setelah turun beraksi ketika menentang Negeri Sembilan tempoh hari.

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools juga boleh memainkan peranan sebagai pertahanan kanan selepas beraksi pada posisi tersebut bersama kelabnya, Buriram United.

Dua lagi watak yang turut berpotensi untuk memainkan peranan tersebut ialah Daniel Ting dan juga Safwan Mazlan.

Pertahanan Sabah itu beraksi cemerlang dalam kempen Piala Asia menentang Korea Selatan sementara Safwan merupakan pemain versatil yang boleh mengisi mana-mana posisi pertahanan.

Harimau Malaya akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.

Advertisements

Perlawanan keenam pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram