Malaysia Beraksi Tanpa Luqman Hakim Berdepan Kuwait?
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap Malaysia B-23, Luqman Hakim Shamsudin berisiko tidak diturunkan dalam aksi terakhir menentang Kuwait.

Aksi di Piala Asia AFC B-23 menyaksikan skuad muda negara melakukan segalanya untuk meraih kemenangan pertama di Qatar namun tunduk di tangan skuad muda Vietnam.

Babak pertama separuh masa tidak berjalan seperti yang dirancang apabila pasukan ketinggalan satu gol hasil sepakan percuma Khuat Van Khang pada minit ke-39.

Advertisements

Bersambung babak kedua, perjalanan 10 minit pertama tidak berlangsung positif selepas Luqman kelihatan terhincut-hincut dan terduduk di tengah padang.

Beliau akhirnya tidak dapat meneruskan permainan dan terpaksa dikeluarkan untuk memberi ruang kepada pemain muda JDT, Daryl Sham.

Kecederaan ini berlaku kurang 6 bulan selepas pemain kelab Jepun bersama Yokohama SCC ini terpaksa diketepikan dalam aksi persahabatan menentang China akhir tahun lalu.

Advertisements

Pemain kelab liga utama Belgium bersama KV Kortrijk ini sudah pun beraksi dalam dua perlawanan awal menentang Uzbekistan dan Vietnam namun dikeluarkan pada babak kedua permainan.

Antara watak yang pernah menggalas peranan beliau adalah pemain sayap Selangor FC, Aliff Izwan dan juga Daryl Sham yang boleh beroperasi pada mana-mana bahagian serangan.

Video: Malaysia vs Vietnam

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram