Malaysia Berdiri Sebaris Korea & Jepun Di Kelayakan Piala Dunia 2026
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Persembahan mengagumkan Malaysia membolehkan pasukan berdiri sebaris dengan Korea Selatan dan Jepun di Kelayakan Piala Dunia 2026.

Menerusi satu perkongsian oleh laman FIFA World Cup, skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya merekodkan dua kemenangan awal menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.

Skuad kebangsaan juga menjadi negara pada kedudukan ranking FIFA paling rendah untuk menerajui carta Kumpulan D di Kelayakan Piala Dunia 2026 daripada sembilan kumpulan yang bertanding.

Advertisements

Lapan negara jaguh Asia menerajui carta kumpulan dengan juara Piala Asia 2023, Qatar di tangga pertama Kumpulan A, Jepun (Kumpulan B), Korea Selatan (Kumpulan C), Iran (Kumpulan E), Iraq (Kumpulan F), Arab Saudi (Kumpulan G), Emriah Arab Bersatu (UAE) (Kumpulan H dan Australia bagi Kumpulan F.

Perkara yang lebih menarik apabila kedudukan ranking FIFA menyaksikan Harimau Malaya berada pada tangga paling rendah berbanding negara lain yang mendahului carta kumpulan masing-masing.

Jepun menjadi pasukan dengan kedudukan ranking FIFA paling tinggi (ke-18 dunia) disusuli oleh Iran (ke-20 dunia), Korea Selatan (ke-22 dunia), Australia (ke-23 dunia), Qatar (ke-37 dunia), Arab Saudi (ke-53 dunia), Iraq (ke-59 dunia) dan juga UAE (ke-69 dunia).

Advertisements

Skuad negara dijadualkan bertemu pasukan ke-80 dunia, Oman pada 22 Mac 2024 jam 2 pagi dengan misi mengekalkan dua kemenangan berturut-turut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram