Kim Pan-gon: Pelan Sebenar Harimau Malaya Akan Muncul Lawan Oman
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menzahirkan keyakinan untuk melihat pasukannya memperagakan aksi terbaik berdepan Oman.

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 ini menjadi ujian berikutnya buat pengendali kelahiran Korea Selatan ini selepas mengharungi kempen yang amat baik di Piala Asia 2023.

Harimau Malaya berjaya merekodkan satu mata ketika mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3.

Advertisements

Menerusi sesi sidang media di Muscat, Oman, pengendali berusia 55 tahun itu optimis dengan persiapan pasukannya bagi bertemu pasukan ke-80 dunia itu.

Persiapan yang telah bermula sejak minggu lalu dilihat sebagai tonik terbaik untuk terus mempamerkan aksi terbaik sungguhpun tanpa sebarang saingan liga sedang berlangsung.

Advertisements

“Ya, saya ada diingatkan tentang kesukaran itu juga. Kita berdepan kekurangan dari segi bilangan perlawanan sebagai persediaan menghadapi perlawanan ini.”

“Untuk panggilan ke kem latihan, (pada awalnya) kita juga tidak mempunyai bilangan pemain mencukupi. Tapi inilah yang kita harus hadapi. Pada akhirnya, kita memiliki barisan pemain lengkap bersama.”

Advertisements

Pan-gon juga mengakui pengalaman menentang Korea Selatan menjadi motivasi buat anak buahnya untuk sekali lagi melakar kejayaan ke atas Oman.

“Ya, sebenarnya sejak dua tahun lalu, skuad Malaysia telah menunjukkan prestasi hebat kepada rakyat Malaysia terutama perlawanan terakhir Piala Asia.”

Advertisements

“Sudah tentu kita tidak mencapai sasaran tetapi dalam perlawanan menentang Korea Selatan, kita tunjukkan Malaysia mampu bersaing pasukan yang menduduki kelompok 22 pasukan teratas (dunia). Dan ya, perlawanan tersebut memberi keyakinan kepada pemain kita, mendorong mereka untuk lebih bercita-cita untuk mencapai sasaran.”

“Untuk sampai ke pusingan ketiga kelayakan merupakan sasaran kita. Jadi, harapnya, pengalaman itu dapat membantu kita di sini (Oman),” jelas Pan-gon dalam satu sesi sidang media pra perlawanan di Muscat, Oman.

Harimau Malaya juga memiliki tonik tambahan hasil kemenangan besar 5-1 menentang Nepal dalam satu perlawanan tertutup tempoh hari.

Malaysia yang kini menghuni tangga teratas Kumpulan D selepas dua kemenangan bertemu Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.

Kemenangan ke atas Oman dapat mengubah kedudukan ranking FIFA negara untuk melonjak 4 anak tangga ke kedudukan 128 dunia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram