UltraSukan

Malaysia Bergelut Jaringkan Gol

Malaysia Futsal FA Malaysia 2 Malaysia Bergelut Jaringkan Gol
FA Malaysia
Advertisements

Kapten skuad futsal Malaysia, Khairul Effendy Mohd Bahrin mengakui pasukan itu bergelut menjaringkan gol sepanjang kempen Piala Asia Futsal 2026.

Hal ini dinyatakan beliau selepas aksi terakhir Kumpulan D menentang Arab Saudi pada 1 Februari lalu.

Khairul Effendy yang mesra disapa Ayon melihat aspek ini perlu diperbaiki jika Malaysia mahu kembali beraksi di pentas Piala Asia Futsal edisi seterusnya.

“Kita tahu kelemahan terbesar kita adalah menjaringkan gol. Jadi,itu antara benda yang kita kena perbaiki
untuk edisi seterusnya kalau kita nak main di Asia nanti,” katanya.

Malaysia menamatkan kempen Piala Asia Futsal tanpa sebarang kemenangan dalam Kumpulan D. Ini termasuk kekalahan 6-1 di tangan Arab Saudi.

Dua gol skuad negara dalam kejohanan ini dijaringkan tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Awalluddin Mat Nawi.