Skuad futsal Malaysia mempamerkan persembahan yang cukup memberangsangkan untuk menewaskan cabaran Taiwan.
Skuad negara sebelum ini berjaya mengikat cabaran Afghanistan dalam satu aksi persahabatan yang berlangsung pada Rabu dengan keputusan 1-1.
Momentum baik diteruskan berdepan Taiwan apabila mudah mencatatkan kemenangan besar 5-2.
Perlawanan yang berlangsung di Bangkok, Thailand itu menyaksikan ketua jurulatih, Rakhpol Sainetngam mempersiapkan skuad terbaik untuk beraksi pada perlawanan ini.
Malaysia mendahuui permainan menerusi jaringan Azri Rahman seawal minit ke-2 sebelum Mahadir Harahap menggandakan kedudukan pada minit ke-13.
Giliran pemain bintang negara, Saad Sani memberikan kedudukan selesa menerusi jaringan pada minit ke-18.
Bersambung babak kedua, Taiwan cuba merapatkan kedudukan menerusi jaringan gol pertama sebelum Farhan Khairul Anwar dan Awaluddin Mat Nawi menutup peluang lawan untuk bangkit.
Taiwan bagaimanapun menjaringkan gol saguhati untuk melengkapkan perlawanan dengan keputusan 5-2.
Ujian getir buat Malaysia adalah untuk berhadapan dengan Thailand dalam satu aksi Sabtu ini.