Advertising
“Malaysia Boleh” – Iggy Houben
Harimau Malaya
MakanBola
IggyHouben-PSV

Pemain PSV U21, Iggy Houben menitipkan ucapan yang meraih perhatian netizen Malaysia.

Tonggak berusia 19 tahun kelahiran Belanda itu beraksi selaku pemain sayap namun boleh beraksi pada beberapa posisi serangan.

Ad

Pemain B-19 Belanda itu mengambil peluang untuk menjawab beberapa persoalan yang diutarakan oleh peminat di laman sosial Instagramnya.

Ad

Beliau menjelaskan bahawa dirinya benar memiliki pertalian darah menerusi neneknya yang berasal dari Malaysia.

“Saya memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi nenek,” katanya menerusi satu sesi soal jawab kepada Frfuturetalents.

Ad

Nenek Iggy difahamkan berasal dari Titiwangsa, Kuala Lumpur namun beliau dibesarkan di Belanda.

Ad

Beliau juga menzahirkan rasa bangga dan teruja sekiranya impian untuk mewakili skuad kebangsaan dapat menjadi kenyataan.

Ad

“Ia satu peluang yang baik (untuk mewakili Malaysia) dan saya amat gembira dengan perkhabaran tersebut,” tambahnya.

Houben kini dinilai pada tanda harga 175,000 Euro (RM815,000) berdasarkan catatan laman Transfermarkt.