Skuad futsal Malaysia mencatatkan kemenangan bergaya menentang Kemboja bagi aksi Kelayakan Futsal Asia 2024.
Malaysia menurunkan kesebelasan terbaik untuk mencatat kemenangan pertama untuk mengubati duka selepas tewas dua aksi pertama berdepan Iraq dan Uzbekistan.
Skuad negara bermula baik apabila menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-10 menerusi percubaan Awaluddin Nawi sebelum Saad Sani menggandakan kedudukan tidak sampai seminit.
Anak didik Rakphol Sainetngam bagaimanapun sedikit terleka apabila membenarkan lawan menerjah jaring menerusi percubaan Nhek Thalida pada minit ke-16.l menewaskan Zainulzahin Sinuan.
Tidak menunggu lama, Malaysia kembali menjarakkan diri dengan lawan apabila Ekmal Shahrin yang terus menerjah gawang Kemboja hasil kealpaan barisan pertahanan lawan.
Bersambung babak kedua, kelebihan terus menjadi milik Malaysia terus unggul dengan kelebihan 4 jaringan apabila Syahir Iqbal Khan menjaringkan gol pada minit ke-25.
Kemboja memperoleh gol saguhati pada akhir permainan namun tidak mampu untuk mengejar kedudukan Malaysia.
Keputusan akhir memihak kepada skuad negara dengan keputusan 5-2.
Kemenangan ini membolehkan Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan sementara Kemboja menghuni tangga ke-4 bagi Kelayakan Futsal Asia.