Advertisements
Malaysia Tewas Tipis Aksi Kedua Menentang Uzbekistan
UltraSukan
UltraSukan
FA Malaysia

Hasrat Malaysia untuk mencatatkan kemenangan pertama dalam aksi Kelayakan Futsal Asia 2024 tidak kesampaian apabila ditewaskan Uzbekistan.

Pasukan negara menurunkan barisan terbaik untuk menggempur tuan rumah tatkala tewas pada aksi pembukaan berdepan Iraq.

Perlawanan yang berlangsung di Samo Sports Complex, Fergana menyaksikan Malaysia memiliki peluang terbaik untuk memungut 3 mata pertama.

Pada babak pertama, skuad negara ghairah melancarkan serangan ke kubu lawan namun beberapa percubaan penting berjaya dinafikan.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, Malaysia cuba bangkit dengan asakan bertali arus namun kekebalan gawang Uzbekistan sukar ditembusi.

Uzbekistan hampir memperoleh jaringan kedua namun ketangkasan penjaga gol Malaysia menafikan peluang yang terhidang.

Selang seminit, Uzbekistan memperoleh gol menerusi bintang bernombor 13 untuk kedudukan 2-0 sebelum kesilapan pemain negara membolehkan lawan menjaringkan gol ketiga dari jarak jauh tatkala penjaga gol negara sudah tertewas.

Malaysia berjaya bangkit untuk merapatkan kedudukan dengan tiga jaringan namun jaringan akhir Uzbekistan menyebabkan pasukan negara terlepas 3 mata.

Keputusan itu kekal hingga wisel penamat sekaligus menyaksikan Malaysia tewas 4-3.