Advertisements
Malaysia Catat Peningkatan Mata MA Tertinggi Asia Timur
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers/Selangor FC

Malaysia mencatatkan peningkatan mata tertinggi Ranking Pertandingan Kelab AFC musim 2024/25 untuk rantau Asia Timur.

Berdasarkan semakan terbaru Footy Rankings, Malaysia telah mengutip 2.50 mata. Ini disusuli dua kuasa besar Asia, Jepun dan Korea Selatan yang masing-masing mengutip 2.0 mata.

Manakala Singapura dan Australia pula masing-masing meraih 1.0 mata. Sementara Indonesia, Hong Kong dan Filipina gagal meraih sebarang mata.

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menambah 3.000 mata. Ini selepas pasukan itu mengalahkan Shanghai Shenhua 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 1 Oktober lalu.

Sementara Selangor FC pula menambah kutipan 2.000 mata selepas menewaskan Dynamic Herb Cebu 1-0 di Stadium MBPJ. Ini menjadikan mata semasa negara ialah 5.833 mata.

Screenshot 93 1 Malaysia Catat Peningkatan Mata MA Tertinggi Asia Timur

Berdasarkan kedudukan semasa untuk rantau Asia Timur, Malaysia berada di tangga keenam dengan 30.361 mata. Malaysia di belakang Australia yang menduduki tangga kelima dengan 32.124 mata.

Pungutan mata terbaru ini cukup penting kerana ini bukan saja menjarakkan kedudukan Malaysia dengan Vietnam di tangga ketujuh dengan 28.372 mata.

Screenshot 94 Malaysia Catat Peningkatan Mata MA Tertinggi Asia Timur

Malah, ini memastikan Malaysia dapat mengekalkan dua slot automatik untuk pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2026/27.