Malaysia Dan UAE Tinggalkan Qatar Dengan Cara Yang Serupa
Asia
FA Malaysia / AFC
Advertisements

Berakhir sudah perjalanan pasukan Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) dalam kejohanan Piala Asia B-23 2024 di Qatar selepas tewas di tangan Kuwait pada aksi terakhir kumpulan semalam.

Selain Malaysia, beberapa pasukan hebat turut meninggalkan kejohanan seawal peringkat kumpulan iaitu Kuwait, Thailand, Australia dan beberapa pasukan yang lain.

Namun penyingkiran Malaysia dari kejohanan berprestij Asia itu dilihat hampir serupa dengan apa yang berlaku kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Advertisements

Malaysia dan UAE mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan tanpa sebarang kemenangan yang berjaya dicatatkan. Ianya sekali gus membuatkan kedua-dua pasukan pulang ke negara masing-masing tanpa sebarang mata.

Satu lagi persamaan yang berlaku kepada Malaysia dan UAE adalah kedua-dua pasukan merekodkan jaringan paling sedikit di peringkat kumpulan iaitu hanya dengan satu jaringan sahaja.

UAE mungkin lebih bernasib baik apabila hanya dibolosi empat gol namun berbeza buat Malaysia apabila dibolosi lima gol sepanjang tiga perlawanan yang telah dilalui.

Advertisements

Pada aksi terakhir semalam, Malaysia yang beraksi 10 pemain terpaksa tunduk kepada Kuwait dengan keputusan 2-1. Perlawanan tersebut dianggap sebagai pelengkap jadual selepas kedua-dua pasukan sudah disahkan tersingkir seawal perlawanan kedua peringkat kumpulan lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram