Malaysia berdepan laluan yang agak mencabar menjelang Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027.
Berdasarkan undian yang telah berlangsung di AFC House, Bukit Jalil, Harimau Malaya yang diletakkan dalam Pot 3 berdepan laluan mencabar.
Skuad kebangsaan kini berada pada prestasi kemuncak apabila melonjak ke tangga 136 dunia berdasarkan ranking semasa yang dikemas kini oleh FIFA.
Dalam Pot 3, Malaysia berada bersama-sama pasukan seperti Thailand, Filipina, Korea Utara dan Turkmenistan.
Undian siaran langsung itu menyaksikan Malaysia berada dalam kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan pemenang pusingan pertama sama ada Taiwan atau Timor Leste.
Menerusi format pertandingan yang ditetapkan oleh AFC, pusingan kedua akan dibahagikan kepada sembilan kumpulan dengan empat pasukan dalam satu kumpulan.
Setiap pasukan akan bersaing dalam format round robin, iaitu aksi di tempat sendiri dan tempat lawan dengan dua pasukan teratas dari setiap kumpulan yang terdiri daripada 18 pasukan akan mara ke Kelayakan Asia AFC.
18 pasukan yang mara bakal mendapat tiket secara automatik ke Piala Asia 2027.
Pasukan yang kayak akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan enam pasukan setiap kumpulan dan bersaing dalam format round robin.
Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan layak secara terus ke Piala Dunia FIFA 2026.
Pusingan akhir akan terdiri daripada pasukan tempat ketiga dan keempat daripada semua yang merangkumi enam pasukan.
Enam pasukan akan dipecahkan kepada dua kumpulan yang mengandungi tiga pasukan setiap satu dengan format pertandingan berlangsung secara single round robin.
Dua pasukan tempat pertama dari kumpulan Playoff Asia akan mara ke Piala Dunia FIFA 2026. Pasukan tempat kedua daripada kedua-dua kumpulan akan bersaing dalam perlawanan playoff untuk menentukan pasukan yang akan mewakili AFC dalam Playoff Antara Benua.
Piala Asia 2027 akan berlangsung di Arab Saudi yang dipilih menjadi tuan rumah rasmi.