Malaysia Futsal Cup: Laluan Getir Menanti Selangor
UltraSukan
Selangor FC Futsal
Sponsors

Laluan berliku menanti Selangor menjelang saingan Malaysia Futsal Cup (MFC) 2024 tidak lama lagi.

Enam pasukan terbaik dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024 dan dua pemenang aksi play-off melengkapkan lapan pasukan yang akan bersaing bagi merebut kejuaraan MFC ini.

Ad

Sesi undian yang dijalankan pada Isnin menyaksikan juara MPFL, JDT dan naib juara Selangor berada di balang yang sama manakala Pahang Rangers serta Shah Alam City di balang kedua.

Ad

Sabah serta Gombak TOT United pula berada di balang seterusnya bersama-sama pemenang aksi play-off, KL City dan Kedah yang mengecewakan Terengganu dan Kelantan.

Hasil undian menyaksikan Shah Alam City akan menerima cabaran pasukan tercorot MPFL 2024, KL City sementara JDT pula bakal berhadapan tentangan wakil dari Borneo, Sabah.

Ad

Juara bertahan MFC, Pahang Rangers bakal menentang naib juara MPFL divisyen 2, Kedah manakala Selangor dijadualkan bertemu Gombak TOT United dalam satu lagi aksi suku akhir.

Ad

Untuk makluman, hanya aksi peringkat suku dan separuh akhir sahaja dijalankan secara timbal balik sementara perlawanan akhir bakal diadakan di satu venue yang akan diumumkan kelak.

MFC 2023 menyaksikan Pahang Rangers muncul juara setelah mengecewakan JDT di perlawanan akhir menerusi sepakan penalti.