Ads
Senarai 8 Pasukan Ke Malaysia Futsal Cup
UltraSukan
JDT Futsal

Lapan pasukan sah bakal berentap dalam saingan Malaysia Futsal Cup (MFC) 2024.

Advertisements

Lapan pasukan tersebut ialah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Selangor FC, Pahang Rangers FC, Shah Alam City, Sabah, Gombak TOT United, KL City FC dan Kedah.

Advertisements

JDT, Selangor, Pahang Rangers, Sabah, Shah Alam City dan Gombak TOT United layak selepas menduduki enam kedudukan teratas Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 1.

Advertisements
Advertisements

Sementara KL City dan Terengganu pula berentap dengan Kedah dan Kelantan untuk merebut dua slot terakhir MFC. KL City dan Kedah layak ke saingan MFC menerusi penentuan playoff selepas menewaskan lawan masing-masing.

Kedah yang juga naib juara MPFL Divisyen 2 mara dengan menewaskan Terengganu 3-2. Fauwaz Shaharuddin, Shamsuri Saleh dan Ratchanon Rodjakrai mencipta nama sebagai penjaring buat pasukan utara tanah air itu.

Advertisements

Manakala wakil Pantai Timur itu meraih gol menerusi gol sendiri Shamsuri dan Ikhwan Abdullah. Satu lagi pasukan Pantai Timur, Kelantan turut kecewa apabila disingkirkan KL City 4-3 dalam satu lagi aksi playoff.

KL City menyumbat empat gol menerusi dua gol masing-masing disumbangkan oleh Dodie Al Fareq Zailani dan Syahid Ajid Zainal Abidin.

Manakala Kelantan yang juga juara Divisyen 2 membalas menerusi Aqil Khalis Adli Khairuz, Izzat Aqiyudin Ramli dan Nur Luqman Yaakob Tan.

Semua pasukan bakal mengetahui siapa lawan mereka di peringkat suku akhir menerusi undian yang diadakan pada jam 2.45 petang, 2 September ini.

Advertisements

Juara bertahan MFC ialah Pahang Rangers selepas menewaskan JDT di peringkat akhir edisi 2023 menerusi penentuan sepakan penalti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram