Malaysia bakal turun berdepan pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan dengan tiga misi berbeza kali ini.
Pasukan bimbingan Kim Pan-gon mencatatkan dua kemenangan dan dua kekalahan dalam 4 aksi peringkat kumpulan yang telah diharungi.
Harimau Malaya kini menduduki tangga ketiga kumpulan dengan 6 mata, 3 mata dipisahkan dengan dua pasukan teratas iaitu Kyrgyzstan dan Oman.
Malaysia tidak memiliki cara lain dan perlu mencatatkan kemenangan berdepan anak didik Stefan Tarkovic untuk menyalakan harapan ke pusingan berikutnya.
Skuad kebangsaan dalam misi untuk memburu dua kemenangan dengan 12 mata bakal membolehkan Malaysia layak ke pusingan ketiga.
Semuanya bergantung juga kepada keputusan Oman dan Kyrgyzstan dengan salah sebuah laman terkemuka di Asia Tenggara mencatatkan peluang Malaysia hanyalah sekitar 35 peratus.
Misi ketiga Malaysia adalah untuk kembali ke landasan terbaik kedudukan ranking FIFA.
Harimau Malaya menerima tamparan hebat selepas tewas dua aksi menentang pasukan ke-77 dunia, Oman dan turun 8 tangga ke kedudukan 138 dunia.
Malaysia akan turun berdepan Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun 2024 sebelum pulang ke Bukit Jalil menentang Chinese Taipei, 11 Jun 2024.