Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon telah membuat keputusan untuk memanggil seorang pemain luar negara kali ini.
Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menghadapi kekangan selepas deretan kecederaan yang melanda skuad kebangsaan ketika ini.
Terbaru, penjaga gol negara, Syihan Hazmi terpaksa diketepikan saat akhir susulan kecederaan sekaligus memberi kesan yang besar kepada pasukan.
Kemas kini oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyaksikan Harimau Malaya disertai oleh 6 muka lain yang baru sahaja memperkuat pasukan iaitu seorang pemain Buriram United dan 5 orang tonggak JDT.
Pemain yang dimaksudkan itu ialah kapten pasukan, Dion Cools bersama pemain Harimau Selatan seperti Matt Davies, Corbin-Ong, Feroz Baharuddin, La’Vere Corbin-Ong dan Endrick Dos Santos.
Ketiadaan Syihan boleh ditampung oleh tiga penjaga gol lain selepas Pan-gon membuat keputusan untuk memanggil Kalamullah Al-Hafiz, Sikh Izhan dan juga Azri Ghani.
Cools merupakan tunjang utama skuad negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini selain membantu kempen cemerlang negara pada aksi di Piala Asia 2023 Qatar.
Beliau menjadi satu-satunya pemain luar negara yang mendapat tempat pada panggilan kali ini dengan Luqman Hakim berada dalam senarai bersedia.
Skuad Harimau Malaya akan beraksi bagi aksi kelima Kumpulan D menentang Kyrgyzstan pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.
Perlawanan ke-6 pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad kebangsaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.