Advertising
Malaysia Hampiri Thailand & Vietnam, Berpeluang Jadi No.1 ASEAN
Harimau Malaya
MakanBola
Aima/MakanBola

Konsistensi yang dipamerkan oleh skuad kebangsaan Malaysia membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila mencatatkan unjuran positif dalam kemas kini ranking FIFA terbaru.

Skuad kendalian Kim Pan-gon menjadi satu-satunya pasukan di Asia Tenggara yang merekodkan kemenangan bersih dalam dua aksi sulung di Kelayakan Piala Dunia 2026.

Harimau Malaya cemerlang menumpaskan pasukan ke-102 dunia, Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei untuk mengumpul tambahan +26.1 mata untuk menjadikan mata keseluruhan kepada 1123 mata.

Ad

Skuad kebangsan juga menjadi pasukan tunggal di ASEAN yang berjaya melonjakkan kedudukan ranking FIFA sebanyak 7 tangga tatkala negara Asia Tenggara lain mengalami penurunan ranking.

Ad

Malaysia yang kini menghuni tangga ke-130 dunia berpeluang cerah untuk mengejar kedudukan dua raja Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam setelah sekian lama berusaha.

Ad
Ad

Vietnam (ke-94 dunia) dan Thailand (ke-113 dunia) tidak melalui kempen yang baik selepas masing-masing mencatatkan satu kekalahan dalam kempen kali ini.

Ad

Kedudukan ini membuka laluan buat Malaysia untuk sekurang-kurangnya melonjak ke tangga kedua Asean dan memintas Thailand.

Jika ditinjau daripada kedudukan 5 tahun terakhir, tahun 2023 menyaksikan Malaysia berjaya merapatkan jurang paling hampir (130 dunia) dengan dua negara ini.

Pada tahun 2018, Vietnam menghuni tangga ke-100 dunia, Thailand ke-118 dunia manakala Malaysia di tangga 167 dunia.

3158ac27 3fd4 4ffc a114 f2ee6572b437 Malaysia Hampiri Thailand & Vietnam, Berpeluang Jadi No.1 ASEAN

Malaysia akan menghadapi sekurang-kurangnya dua lagi aksi persahabatan dengan Arab Saudi bakal menjadi lawan terhebat sebelum melangkah ke pentas Piala Asia di Qatar tahun hadapan.

Sasaran besar Harimau Malaya adalah untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 seperti yang dinyatakan oleh Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin.