Malaysia Masters: Lee Zii Jia Jadikan Zhao Jun Peng ‘Mangsa’ Pertama
UltraSukan
Sponsors

Pusingan pertama Malaysia Masters pada Rabu menyaksikan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membuka gelanggang dengan kemenangan ke atas Zhao Jun Peng dalam aksi tiga set.

Setelah bergelar juara Thailand Open pada Ahad lalu, Zii Jia turun ke Axiata Arena untuk menjadikan Malaysia Masters sebagai medan ujian sebelum beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi.

Ad

Meski mencatatkan kemenangan dalam pertemuan terakhir menentang Jun Peng, namun Zii Jia tetap tampil berwaspada untuk mengelakkan sebarang kejutan dsri pemain China itu.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Team LZJ (@teamlzj)

Set pertama bermula sengit dengan Zii Jia dan Jun Peng saling mengejar mata dan beberapa kali terikat kedudukan sehingga pemain China itu mendahului 11-10 ketika interval.

Ad

Aksi berbalas serangan terus dilancarkan dengan Zii Jia sempat mendahului pada suatu ketika namun berjaya dipintas kembali oleh Jun Peng dan akhirnya kemenangan di set pertama berhasil diraih oleh wakil China tersebut dengan keputusan 21-19.

Ad

Bersambung di set kedua, Zii Jia seakan sudah ‘panas’ dan mula mendapat rentak permainan sebenar dengan beberapa pukulan yang gagal dikembalikan oleh Jun Peng untuk mendahului ketika interval dengan keputusan 11-7.

Ad

Jaguh negara itu tidak memberi peluang buat Jun Oeng bangkit dan terus jauh meninggalkan lawan dengan jurang sembilan mata sebelum akhirnya Zii Ji berjaya merampas set kedua dengan kemenangan 21-11 untuk mengheret permainan ke set penentuan.

Di set penentuan, ketenangan Lee Zii Jia mengawal gelanggang berjaya memastikan setiap mata berjaya diraih sekaligus membuatkan Jun Peng seakan buntu untuk melakukan serangan.

Jun Peng yang kini di ranking ke-45 dunia berusaha mengejar mata Zii Jia di pertengahan set namun itu tidak cukup apabila pemain negara terus memecut sehingga mata penamat untuk meraih kemenangan di set penentuan.

Aksi di gelanggang satu tamat, Lee Zii Jia menang 19-21, 21-11 dan 21-14 ke atas Zhao Jun Peng.

Pusingan kedua pada Khamis bakal menemukan Zii Jia dan pemenang di antara Takuma Obayashi atau Kiran George yang akan bersaing dalam satu lagi aksi.