Ads
Thailand Open: Lee Zii Jia Ulangi Rekod Juara 2022, Tumpaskan Ng Ka Long
UltraSukan
BA Malaysia

Final Thailand Open 2024 menyaksikan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia muncul sebagai juara setelah berjuang hebat menundukkan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong.

Advertisements

Lee Zii Jia yang mara ke perlawanan akhir selepas membenam cabaran pemain Chinese Taipei, Chou Tien Chen pastinya mengimpikan untuk merangkul kejuaraan di Thailand Open seperti mana yang dilakukannya pada tahun 2022.

Advertisements

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain, Ng Ka Long memiliki kelebihan tipis apabila mencatatkan empat kemenangan dalam tujuh perlawanan namun dua aksi terakhir telah dimenangi oleh Lee Zii Jia.

Advertisements
Advertisements

Set pertama menyaksikan permainan bermula sedikit perlahan dengan beberapa rally panjang yang dimainkan kedua-dua wakil menyebabkan kedudukan terikat 7-7.

Tempo permainan semakin bertambah dengan pukulan-pukulan smash deras oleh Zii Jia gagal dikembalikan oleh Ng Ka Long untuk pemain negara itu mendahului 11-7 sehingga interval.

Advertisements

Anak diduk Wong Tat Meng ini terus mengganas tatkala lawannya itu seakan mula hilang fokus menyebabkan kesilapan demi kesilapan dilakukan untuk memberikan Zii Jia mata mudah.

Ng Ka Long terus buntu ketika menuju penghujung permainan sekaligus menghadiahkan kemenangan buat Zii Jia di set pertama dengan keputusan 21-11.

Bersambung di set kedua, keyakinan jaguh negara yang kini berada di ranking ke-10 dunia itu kelihatan semakin melonjak dan terus mempamerkan aksi bertenaga untuk memimpin permainan 8-3 di awal aksi.

Zii Jia tidak menoleh ke belakang lagi dan terus memecut meninggalkan lawannya yang berada di ranking ke-27 dunia itu dengan jurang mata yang agak besar.

Perlawanan di gelanggang 1 berakhir dengan kemenangan buat Lee Zii Jia dengan keputusan 21-11, 21-10 dalam masa 34 minit.

Kemenangan ini mengulangi pencapaian pada tahun 2022 apabila Lee Zii Jia turut muncul juara Thailand Open setelah menewaskan pemain China, Li Shi Feng dengan keputusan 17-21, 21-11, 23-21 dalam aksi final.

Advertisements

Kejayaan ini juga meletakkan nama Zii Jia muncul pemain ketiga negara yang berjaya merangkul gelaran juara di Thailand Open selain Yong Hock Kin pada 2001 dan Hafiz Hashim pada 2005 yang lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram