Ads
Thailand Open: Lee Zii Jia Tamatkan Kemarau Final, Tundukkan Chou Tien Chen
UltraSukan
BA Malaysia

Aksi separuh akhir Thailand Open 2024 menyaksikan wakil tunggal negara, Lee Zii Jia tampil cemerlang untuk menumbangkan pemain perseorangan utama Chinese Taipei, Chou Tien Chen pada Sabtu.

Advertisements

Lee Zii Jia yang pertama kali beraksi di pentas separuh akhir tahun ini beraksi penuh garang menumbangkan wakil China, Lu Guang Zu dalam aksi tiga set pada saingan suku akhir semalam.

Advertisements

Walaupun Zii Jia mencatatkan dua kemenangan dalam dua pertemuan terakhir menentang Chou Tien Chen, kelebihan rekod pertemuan masih dipegang oleh juara Thailand Masters 2024 dari Chinese Taipei ini.

Advertisements
Advertisements

Set pertama menyaksikan Tien Chen berusaha meraih kelebihan ke atas bekas juara Arctic Open 2023 itu. Meskipun diberi tentangan sengit oleh Zii Jia, jaguh Chinese Taipei itu meraih kemenangan 21-18.

Anak jati Alor Setar, Kedah itu bangkit pada set kedua dengan meninggalkan Tien Chen pada kedudukan 11-6. Pemain perseorangan ke-14 dunia itu cuba mengejar tetapi Zii Jia menang dengan keputusan 21-12.

Advertisements

Keadaan ini mengheret perlawanan ke set penentuan. Kedua-dua pemain pada awalnya bersaing sengit mendapatkan mata sehingga terikat pada kedudukan 8-8.

Zii Jia kemudiannya mendahului Tien Chen pada kedudukan 11-8 selepas jaguh Chinese Taipei itu melakukan beberapa kesilapan di jaring. Kesilapan lawannya itu dimanfaatkan bekas juara All England 2021 itu untuk meraih kemenangan 21-13.

Kemenangan ini membawa Zii Jia ke pentas akhir Thailand Open 2024. Beliau bakal menentang pemain perseorangan ke-27 dunia dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long.

Advertisements

Angus berjaya mara ke final selepas mengejutkan juara dunia perseorangan lelaki 2023 dan wakil tuan rumah, Kunlavut Vitidsarn dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram