Badminton Asia Championship: Lee Zii Jia Ke Suku Akhir, Tundukkan Chou Tien-chen
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan kecemerlangan dalam Badminton Asia Championship 2024 dengan mengesahkan kemaraan ke suku akhir.

Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan pemain perseorangan lelaki Taiwan, Chou Tien-chen dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung hari ini.

Zii Jia ingin melebarkan rekod kemenangan ke atas jaguh Taiwan itu selepas kali terakhir melakukannya dalam aksi Sudirman Cup pada 2023.

Advertisements

Sebelum ini, Tien-chen memiliki rekod empat kemenangan ke atas juara Arctic Open 2023 itu termasuk BWF World Tour Finals 2021.

Set pertama menyaksikan Zii Jia meraih kelebihan selesa ke atas pemain Taiwan itu pada kedudukan 11-5.

Meskipun Tien-chen cuba merapatkan kedudukan, anak jati Alor Setar, Kedah itu kekal tenang sebelum meraih kemenangan dengan keputusan 21-15.

Advertisements

Set kedua menyaksikan kedua-duanya bersaing sengit dalam mendapatkan mata dan pada satu ketika, terikat pada kedudukan 13-13.

Walau bagaimanapun, beberapa kesilapan yang dilakukan Tien-chen membuka ruang kepada Zii Jia meraih kemenangan dengan keputusan 21-17.

Zii Jia bakal berhadapan sama ada wakil Indonesia, Jonathan Christie atau wakil Hong Kong, Lee Chiuk Yiu di peringkat suku akhir esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram