“Malaysia Mendahului Tapi Masih Kalah” – Rakhpol Sainetngam
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Jurulatih skuad futsal Malaysia, Rakhpol Sainetngam mengakui kelebihan psikologi yang dimiliki Australia membantu pasukan itu meraih kemenangan semalam.

Aksi terbaru NSDF Futsal Championship 2024 itu menyaksikan skuad negara pada awalnya mendahului 2-0 menerusi Ridzwan Bakri (minit ke-14) dan Syahir Iqbal Khan (minit ke-16).

Bagaimanapun, Australia bangkit pada babak kedua dengan menyumbat empat gol. Awalluddin Mat Nawi merapatkan jurang dengan gol ketiga pada minit ke-40.

Advertisements

Rakhpol mengakui aspek ini perlu dimantapkan jika ingin melihat skuad negara pergi jauh di pentas antarabangsa.

“Malangnya, kita tidak menang hari ini. Meskipun kita mendahului 2-0, pemain (Australia memanfaatkan) pengalaman mereka.

“Kadang-kadang bila lawan memberi tekanan, kita akan mudah dibolosi. Dan apabila perkara itu berlaku, itu yang membuatkan pasukan kita tewas.

Advertisements

“Selepas kita menunjukkan taktik dan memberi bimbingan kepada pemain, mereka merasa gementar dan bimbang dengan taktik Australia.

“Saya patut memberi pujian kepada Australia. Mereka sangat kuat dan boleh menewaskan kita. Itu tidak apa dan kita perlu jadi lebih bagus selepas ini,” katanya seperti yang dilaporkan SNE Sports.

Malaysia bakal menentang Afghanistan untuk penentuan tempat ketiga/keempat NSDF Futsal Championship 2024. Perlawanan tersebut bakal berlangsung pada 28 Mac ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram