Advertising
“Malaysia Miliki Skuad Terbaik” – Paulo Josue
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pemain naturalisasi negara, Paulo Josue optimis dengan barisan pemain sedia ada untuk membawa cabaran negara ke China.

Beliau ketika ditemui di Wisma FAM memberitahu bahawa persiapan pasukan kini berada pada landasan terbaik untjk berdepan lawan yang berada pada kedudukan yang lebih tinggi.

Ad

Katanya, Harimau Malaya membawa barisan pemain terbaik dalam negara sambil mengetahui kekuatan yang bakal ditampilkan oleh lawan.

Ad

“Sesiapa yang berada di sini (kem latihan pusat) harus tahu bahawa mereka pemain terbaik dalam negara.”

“Para pemain perlu memastikan bahawa tugasan perlu dilakukan sehabis baik buat Malaysia.”

Ad

Kapten KL City ini juga mengetahui bahawa tahap permainan bagi aksi antarabangsa amat tinggi namun yakin dengan kemampuan pemain untuk mengikut percaturan pasukan.

Ad

Pemain berusia 35 tahun berharap agar Malaysia mampu menjelmakan kemenangan terutamanya apabila berdepan Syria di venue neutral.

Ad

Aksi getir ini akan berlangsung pada 6 dan 9 September 2023 dengan kedua-duanya berlangsung di Chengdu, China.

Malaysia terlebih dahulu akan menguji kekuatan pasukan ke-94 dunia, Syria sebelum berdepan gergasi ke-80 dunia iaitu China.