Malaysia Muncul Juara Dunia, Tewaskan Musuh Tradisi Thailand
UltraSukan
Persatuan Sepak Takraw Malaysia
Sponsors

Malaysia mencipta sejarah apabila muncul juara Piala Dunia Sepak Takraw 2024 acara double buat kali pertama dengan mengatasi cabaran Thailand.

Kedua-dua pasukan berjaya mara ke final selepas mengatasi lawan masing-masing di peringkat separuh akhir. Malaysia terpaksa bekerja keras mengenepikan cabaran Myanmar dengan Thailand pula menundukkan Indonesia.

Ad

Cabaran Malaysia sekali lagi digalas oleh Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Nordin. Sementara Thailand mempertaruhkan Seksan Tubtong dan Kittiphum Sareebut.

Ad

Menariknya, nama dua pemain Thailand ini bukan asing dengan peminat sepak takraw negara. Ini kerana Seksan dan Kittiphum pernah beraksi dalam saingan Sepak Takraw League (STL).

Set pertama menyaksikan empat kesilapan servis yang dilakukan Seksan membuka ruang buat regu negara mendahului pada kedudukan 10-4.

Ad

Seksan dan Tanaphong berjaya mengejar dan menyamakan kedudukan pada kedudukan 14-14. Aidil dan Noraizat kekal tenang sebelum meraih kemenangan dengan keputusan 17-16.

Ad

Set kedua menyaksikan pada awalnya, kedua-dua regu bersaing sengit mendapatkan mata. Tindakan Aidil dan Noraizat mensasarkan Kittiphum membolehkan Malaysia mendahului 8-4.

Ad

Thailand berusaha memberi tentangan dengan harapan dapat mengheret perlawanan ke set penentuan.

Walau bagaimanapun, Aidil dan Noraizat meranapkan impian Thailand dengan meraih kemenangan set kedua menerusi keputusan 15-13.

Kemenangan dalam acara double dijangka memberi semangat kepada Malaysia. Ini kerana kedua-dua pasukan bakal berentap sekali lagi dalam final acara regu.