Malaysia Negara Asia Paling Banyak Raih Mata FIFA, Ke-3 Dunia
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Malaysia melakar satu lagi kejayaan yang membanggakan apabila berjaya menjadi negara Asia paling banyak memungut mata FIFA bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Skuad kendalian Kim Pan-gon merakamkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan Taiwan sekaligus meletakkan pasukan pada tangga pertama Kumpulan D dengan 6 mata.

Ad
Sponsors

Harimau Malaya memungut tambahan +26.1 mata FIFA untuk menjadikan mata terkumpul sebanyak 1122.9 mata dan melonjak 7 tangga ke kedudukan 130 dunia.

Ad

Malaysia menjadi negara ketiga di dunia dengan pungutan mata tertinggi di belakang Comoros dan Romania.

Comoros memungut tambahan mata FIFA tertinggi dengan +30.9 mata dan naik 8 anak tangga (120 dunia) sementara Romania di tangga kedua dengan +26.2 mata dan naik 5 tangga (ke-43 dunia).

Ad

Ketika ini, Harimau Malaya dipisahkan 4 mata dengan pasukan ke-129 dunia iaitu Sudan dan juga Niger di tangga ke-128 dunia dengan 1127.75 mata.

Ad

Malaysia akan menempuh beberapa perlawanan persahabatan Tier 1 sebelum menghadapi Piala Asia di Qatar tahun hadapan.