Ads
Malaysia Perlu Bayar Harga Mahal Dibolosi Filipina
Harimau Malaya
FA Malaysia

Skauad kebangsaan Malaysia bimbingan Pau Marti Vicente terpaksa membayar harga yang mahal selepas dibolosi Filipina pada aksi kedua-dua pasukan dalam kempen Pestabola Medeka 2024 tempoh hari.

Advertisements

Jaringan Filipina yang dihasilkan pada minit ke-28 itu adalah hasil rembatan deras Jefferson Tabinas telah membias mengenai kaki Feroz Baharudin lalu menerjah gawang Malaysia.

Advertisements

Namun begitu, jaringan tersebut membuatkan Malaysia perlu membayar harga yang mahal kerana sebelum jaringan tersebut terhasil, tonggak tengah Malaysia, Afiq Fazail terlebih dahulu terbaring selepas mengalami kecederaan di bahagian lutut.

Advertisements
Advertisements

Kecederaan tersebut berlaku ketika Afiq cuba menghalang rembatan dari pemain Filipina, Bjorn Martin Kristensen.

Akibat daripada kecederaan itu, Afiq terpaksa dipapah keluar padang dan digantikan dengan Nooa Laine pada minit ke-34 perlawanan.

Advertisements

Dengan kecederaan yang dialami Afiq itu, Malaysia dijangka tidak dapat menggunakan khidmat pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bagi perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 menentang Lubnan hari ini (8 September).

Ketiadaan Afiq dijangka bakal diisi oleh pemain-pemain tengah yang lain seperti Nooa Laine, Endrick Dos Santos atau Zhafri Yahya yang turut mampu beraksi di bahagian tengah.

Advertisements

Malaysia dijadualkan bertemu Lubnan pada hari ini (8 September) jam 9 malam untuk aksi final dan kemenangan sudah pasti menjadi idaman skuad kebangsaan bagi membantu Malaysia memanjat ranking FIFA dengan tambahan mata yang banyak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram