Ads
Malaysia Pernah Cetus Keraguan Shin Tae-yong Sebelum Latih Indonesia
Asia Tenggara
PSSI

Skuad kebangsaan Malaysia pernah mencetuskan keraguan buat Shin Tae-yong sebelum jurulatih dari Korea Selatan itu dilantik menjadi ketua jurulatih Indonesia empat tahun yang lalu.

Advertisements

Tae-yong mendedahkan beliau dan ketua Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) hadir dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Malaysia dan Indonesia pada November 2019.

Advertisements

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 2-0 buat Malaysia. Pada ketika itu, terdetik keraguan di hati Tae-yong adakah beliau mampu meningkatkan kualiti pasukan Indonesia ataupun tidak.

Advertisements
Advertisements

“Sebenarnya ia adalah keputusan yang sukar (melatih Indonesia). Selama saya menjadi jurulatih, saya tak pernah terfikir untuk ke Indonesia.

“Ketika pertama kali dapat tawaran dari Indonesia, saya melihat pasukan Indonesia di Kuala Lumpur, Malaysia dalam perlawanan bertemu Malaysia dan saya ingat Indonesia kalah 2-0. Saat itu ketua PSSI dan para staf datang ke Malaysia untuk berbincang dengan saya sambil menonton perlawanan itu.

Advertisements

“Sebenarnya saya tertanya-tanya adakah saya mampu meningkatkan pasukan ini. Tetapi kerana saya sukakan cabaran yang sukar, saya rasa menarik untuk dicuba,” jelas Tae-yong kepada KBS World Indonesia.

Kini empat tahun sudah berlalu, pelbagai pencapaian positif sudah dicapai Shin Tae-yong bersama pasukan Indonesia.

Advertisements

Jika pada November 2019 Indonesia terperosok di tangga ke-173 dunia dalam ranking FIFA, kini Indonesia sudah meningkat dengan mendadak apabila menghuni tangga ke-133 dunia, satu anak tangga di atas Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram