Malaysia Pertaruh Calon ‘Sebati’ Kemudi Jentera Serangan Di Thailand

luqman fergus haqimi Malaysia Pertaruh Calon 'Sebati' Kemudi Jentera Serangan Di Thailand
FA Malaysia
Hakim Johari @HakimJohari4
8:27pm 04/09/2023

Ketua jurulatih B-23 Malaysia, E. Elavarasan kini mempertaruhkan gandingan serangan terbaik yang mampu mencipta keserasian dan sebati untuk bermain bersama dalam memecah blok pertahanan lawan.

Gandingan Luqman Hakim, Haqimi Azim dan Fergus Tierney sebagai trio serangan negara dilihat sebagai calon terbaik untuk membarisi jentera serangan Malaysia berdasarkan aspek kekuatan fizikal dan kelajuan larian.

Luqman Hakim yang kini bermain untuk kelab Njardvik mungkin kekurangan minit permainan pada peringkat kelab namun beliau sentiasa memberikan yang terbaik apabila diberikan peluang beraksi atas padang.

FA Malaysia

Luqman Hakim telah merekodkan 2 gol dalam 12 penampilan beliau bersama kelab Iceland dan kelebihan work rate Luqman di atas padang serta pengalaman bermain di eropah mampu untuk menyumbangkan sesuatu untuk pasukan kebangsaan.

Haqimi Azim pula ketika ini semakin mendapat tempat untuk membarisi jentera serangan KL City sama ada selaku pemain gantian ataupun pemain utama pasukan dan beliau kini telah menjaringkan 1 gol serta 1 bantuan jaringan buat kelab ketika ini.

FA Malaysia

Kekuatan fizikal Haqimi memberi kelebihan dalam situasi perebutan bola malah Haqimi turut mempunyai fleksibiliti bermain di bahagian serangan apabila mampu beraksi sebagai pemain sayap selain posisi penyerang tengah.

Fergus Tierney yang menonjolkan aksi cemerlang dalam saingan Piala AFF B-23 tempoh hari juga harus diberikan peluang untuk membarisi jentera serangan Malaysia di Thailand kelak.

2 jaringan beliau ke atas Indonesia tempoh hari menunjukkan kualiti beliau dalam aspek menyerang.

FA Malaysia

Malah Fergus Tierney juga kerap membarisi kesebelasan utama pasukan JDT II ketika ini.

Gandingan 3 serangkai ini dilihat mampu menghadirkan ancaman buat pasukan lawan dalam mengucar-kacirkan barisan pertahanan lawan kelak.

Malaysia bakal turun menentang Bangladesh, Filipina dan Thailand bagi aksi peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia B-23.