Ads
“Malaysia Rumah Pertama Palestin” – Mohamed Rashid
Asia
AFC/ZaydMakanBola

Pemain Palestin menganggap Malaysia sebagai rumah pertama mereka sejak kali pertama menjejakkan kaki ke sini.

Advertisements

Perkara ini dinyatakan oleh tonggak utama pasukan, Mohamed Rashid ketika menjalani latihan pertama di Malaysia.

Advertisements

Beliau bersama rakan sepasukan tiba di Ibu Kota susulan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan bantuan dari segi fasiliti dan kemudahan untuk Palestin.

Advertisements
Advertisements

Hal ini susulan aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 yang bakal bermula September ini menentang Korea Selatan dan Jordan.

Rashid yang juga pemain di Liga 1 Indonesia bersama Persebaya Surabaya terharu dengan sokongan padu dari kelab di Malaysia seperti Selangor dan Terengganu yang menzahirkan solidariti buat rakyat Palestin.

Advertisements

“Sejujurnya saya telah melihat solidariti buat Palestin dalam saingan Liga Super Malaysia. Saya lihat Selangor dan Terengganu sebelum ini. Saya juga lihat pasukan lain turut memberikan sokongan kepada Palestin.

Rashid dan rakan sepasukan sudah menganggap Malaysia sebagai rumah pertama dan selesa dengan layanan baik yang diberikan selama ini.

“Saya yakin Malaysia menjadi gelanggang utama (tuan rumah) kami (Palestin). Saya tidak rasa Malaysia seperti rumah kedua, saya melihatnya sebagai rumah pertama.

“Ketika ini, sukar untuk pasukan beraksi di Palestin dengan situasi semasa. Berada di sini (Malaysia) sangat memberi manfaat buat kami dan harapnya penyokong terus memberikan sokongan kepada kami seperti sejak sekian lama dahulu,” jelasnya ketika ditemui di Stadium Cheras.

Pemain berusia 29 tahun itu beraksi bersama beberapa pasukan di Indonesia seperti Persib Bandung, Bali United dan Persebaya Surabaya.

Advertisements

Palestin akan bertemu Korea Selatan pada 5 September sebelum menentang Jordan di Malaysia pada 10 September 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram