Advertisements
Malaysia Tanpa 5 Pemain Senior Hadapi Laos
Harimau Malaya
MakanBola
FA MALAYSIA

Malaysia bakal turun berjuang menentang Laos tanpa kelibat 4 pemain senior pasukan.

Skuad kendalian Pau Marti bakal mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 FIFA menentang Laos dan juga pasukan ke-125 dunia, India.

Harimau Malaya berjaya mengikat Auckland FC sebelum tunduk dengan keputusan 4-0 berdepan New Zealand pada satu aksi persahabatan, Oktober lalu.

Perubahan beberapa pemain dilakukan oleh pengendali kelahiran Sepanyol itu berdepan Laos dan India dalam misi untuk membentuk skuad terbaik bagi menghadapi Asean Championship dan juga Kelayakan Piala Asia 2027.

Pau Marti bagaimanapun memilih untuk tidak mempertaruhkan beberapa muka berpengalaman bersama skuad Harimau Malaya sungguhpun berdepan lawan yang berpengalaman seperti India.

Penyerang Sabah FC, Darren Lok tidak berada dalam senarai pasukan bersama-sama dua tonggak berpengalaman iaitu Corbin-ong dan juga Endrick Dos Santos.

Wajah berpengalaman lain seperti pertahanan kental, Shahrul Saad dan juga Brendan Gan turut tidak dibawa ke Thailand pada aksi kali ini.

Peluang diberikan kepada bebebapa muka baharu seperti Fazrul Amir, Fergus Tierney dan Ubaidullah Shamsul selain mengekalkan beberapa pemain muda seperti Harith Haiqal, Haqimi Rosli, Safwan Mazlan dan Nooa Laine.

Harimau Malaya bakal menghadapi dua perlawanan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Laos di Bangkok, Thailand pada 14 November dan menentang India di Hyderabad pada 18 November 2024.