Advertisements
Penyokong Kelantan Cadang Satu Nama Kepada Pau Marti
Harimau Malaya
MakanBola
KDNFC/FAM

Penyokong Kelantan mencadangkan satu nama kepada Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente.

Pasukan kebangsaan kali ini tampil dengan beberapa muka baharu yang dipanggil bagi membawa cabaran negara berdepan Laos dan India.

Tumpuan peminat Kelantan terarah apabila pengendali kelahiran Sepanyol itu membuat keputusan untuk memanggil pemain sayap lincah Kelantan DN, Fazrul Amir.

Tonggak berusia 24 tahun itu dipanggil bagi menggantikan tonggak Selangor, Mukhairi Ajmal yang mengalami kecederaan pada saat akhir.

“Fazrul Amir dipanggil bagu menggantikan Mukhairi Ajmal Mahadi dari Selangor FC yang hadir melapor diri tetapi terpaksa dilepaskan.

“Hal ini selepas pemeriksaan doktor mengesahkan beliau mengalami kecederaan selepas beraksi pada perlawanan AFC Champions League Two 2024/25 menentang Jeonbuk Hyundai Motors pada 7 November 2024,” ujar kenyataan FAM.

Peminat Kelantan Darul Naim bagaimanapun merasakan bahawa terdapat seorang lagi tonggak kelab itu yang memiliki kualiti untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

“Ghaffar seorang lagi pemain Kelantan yang patut ada. Sedap juga corak permainannya,” tulis Keris Pusaka pada ruangan komen Kelantan DN.

“Ghaffar seorang lagi boleh,” tambah Hafiz Ibrahim.

Beliau merupakan pertahanan kiri berusia 26 tahun dan telah beraksi dalam 14 perlawanan bersama Kelantan DN bagi musim 2024/25.

Bekas tonggak TRW Kelantan ini menerima purata penilaian sekitar 6.28 mata bagi musim ini namun tidak cukup untuk membantu Kelantan DN berada pada kedudukan lebih baik.

Malaysia bakal menghadapi tentangan pasukan ke-187 dunia iaitu Laos sebelum berdepan lawan di Pestabola Merdeka 2023, India pada 18 November ini.