Malaysia menghadapi dua ujian berbeza pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan menjadi sebahagian daripada persiapan ke Piala Asia yang berlangsung di Qatar tahun hadapan.
Pasukan bimbingan Kim Pan-gon mengharungi tempoh yang cukup gemilang sejak dua bulan kebelakangan ini selepas berjaya mengikat dua jaguh 100 terbaik dunia, China dan Syria.
Skuad negara juga meneruskan prestasi memberangsangkan itu selepas menundukkan pasukan ke-102 dunia, India di Pestabola Merdeka 2023 namun dikecewakan di pentas final oleh Tajikistan.
Harimau Malaya bagaimanapun bakal berdepan dua ujian hebat di Kelayakan Piala Dunia apabila dijadualkan berdepan pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan dan juga Taiwan.
Perlawanan pembukaan itu menyaksikan barisan pemain negara bakal menentang lawan 100 terbaik dunia itu di laman sendiri dengan Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka bersedia sepenuhnya.
Setelah itu, Malaysia akan ke terbang ke gelanggang lawan bagi menghadapi tentangan Taiwan yang kini menghuni tangga ke-152 dunia itu.
Berdasarkan rekod daripada 4 aksi terakhir, skuad negara mencatatkan satu kemenangan, dua seri dan satu tewas dan menjaringkan 7 gol sementara bolos 7.
Perlawanan pertama akan berlangsung pada 16 November manakala aksi kedua di gelanggang lawan pada 21 November.
Kemenangan dapat membantu Malaysia untuk memperbaiki kedudukan dan mencabar kelompok 120 terbaik dunia.