TMJ Hairan Afiq Fazail & Feroz Tidak Dipanggil Perkuat Malaysia
Harimau Malaya
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ berasa hairan apabila beberapa pemain JDT seperti Afiq Fazail dan Feroz Baharudin tidak dipanggil untuk beraksi bersama Malaysia.

Baginda mengakui sentiasa terbuka untuk menyediakan barisan pemain terbaik untuk mewakili Harimau Malaya.

TMJ juga sentiasa berhubung dengan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terutamanya barisan kejurulatihan dan Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin untuk meningkatkan mutu bola sepak Malaysia.

Advertisements

Baginda bagaimanapun hairan selepas beberapa pemain bintang JDT tidak dipanggil untuk memperkuat skuad negara tatkala pasukan selatan tanah air itu memiliki pemain terbaik dalam negara.

Antara nama yang disebut oleh TMJ ialah pertahanan muda JDT, Feroz Baharudin dan Afiq Fazail yang dianggap memiliki kualiti untuk memantapkan skuad kebangsaan.

Advertisements

“Saya hairan mengapa Kim Pan-gon tidak memanggil pemain seperti Afiq Fazail dan Feroz Baharudin. Kita boleh lihat statistik Feroz pada musim ini antara yang terbaik.”

“Beliau (Feroz) suatu hari nanti pasti menjadi kapten JDT. Jangan dilupa juga pemain seperti Hong Wan, Shahrul Saad, Syafiq Ahmad dan Syahmi Safari yang juga berkualiti untuk mewakili Malaysia,” jelas baginda kepada Nindia Bola.

Advertisements

Pemilihan yang didasari dengan minit permainan juga dianggap kurang tepat tatkala pengendali kelahiran Korea Selatan masih memanggil pemain seperti Akhyar Rashid dan Safawi Rashid untuk membantu negara.

“Kalau nak kira minit bermain, maka jurulatih boleh mengambil pemain PDRM atau pemain Penang.”

Advertisements

TMJ juga berharap agar Kim Pan-gon menggunakan sepenuhnya barisan pemain JDT dan membawa mereka untuk membantu Malaysia di Piala Asia tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram