Harimau Malaya

“Tunggu Tan Cheng Hoe Beri Senarai Pemain” – Setiausaha Agung FAM

Tan Cheng Hoe Malaysia NT 1 “Tunggu Tan Cheng Hoe Beri Senarai Pemain” - Setiausaha Agung FAM
Malaysia NT
Advertisements

Tan Cheng Hoe dijangka mengumumkan senarai pemain Harimau Malaya bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa menentang China dan Yemen pada minggu depan.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Noor Azman Haji Rahman ketika diminta mengulas perkembangan terkini persiapan skuad kebangsaan.

Menurut beliau, pihak FAM masih menunggu senarai nama pemain daripada ketua jurulatih sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sebelum pengumuman rasmi dibuat.

“ Nanti kita akan keluarkan senarai nama, mungkin In Shaa Allah dalam minggu depan dan seperti yang kita tahu kita lawan dengan China pada 14 November dan Yemen pada 17 November,” katanya pada Khamis lalu.

Beliau menjelaskan bahawa senarai berkenaan masih belum dimuktamadkan memandangkan FAM perlu mendapatkan maklumat daripada Tan Cheng Hoe terlebih dahulu.

“Belum lagi (perkembangan pemain baharu), sekarang kita tunggu (makluman) daripada Tan Cheng Hoe untuk serahkan senarai (nama pemain),” jelasnya.

Situasi itu menyaksikan pemilihan pemain bagi menghadapi dua aksi antarabangsa berkenaan masih menantikan senarai akhir daripada barisan kejurulatihan Harimau Malaya.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan dijadualkan bertemu China pada 14 November sebelum menentang Yemen tiga hari kemudian dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Guangzhou, China.

Kedua-dua perlawanan itu bakal menjadi sebahagian daripada persiapan Harimau Malaya untuk mendapatkan pendedahan kompetitif di peringkat antarabangsa selain mengumpul mata ranking FIFA.