Tano Solari Seru JDT Pamer Taring Di Korea
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari menyeru anak-anak buahnya agar mempamerkan aksi berkualiti menentang Ulsan Hyundai esok.

Aksi esok merupakan aksi ketiga Kumpulan I ACL musim 2023-2024 membabitkan JDT dan Ulsan yang masing-masing memiliki satu kemenangan.

The Tigers melihat pertemuan esok sebagai peluang membalas dendam selepas dua kali diaibkan Harimau Selatan dalam aksi kumpulan ACL musim 2022.

Advertisements

Namun begitu, Solari melihat prestasi tidak menentu Ulsan sejak kebelakangan ini memberi sedikit kelebihan kepada JDT.

Ini kerana walaupun perlawanan esok dianggap sukar, Harimau Selatan berpotensi mengecewakan pasukan gergasi Korea Selatan itu buat kali ketiga.

“Kita buktikan kita beri persembahan bagus melawan Kawasaki (Frontale) walaupun kita tewas. Dengan BG (Pathum United), kita buktikan kita boleh bersaing.

Advertisements

“Untuk perlawanan esok, Ulsan (Hyundai) ialah lawan sukar kerana mereka satu pasukan yang bagus. Tetapi kami juga yakin boleh menyaingi mereka dari segi persembahan.

“Tetapi untuk mengekalkan prestasi (mantap), kita kena pamerkan aksi (mantap). Dari situ, kita akan beraksi sebagai satu pasukan (yang bagus),” katanya dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.

JDT berharap dapat meraih satu lagi kemenangan ke atas The Tigers di Stadium Bola Sepak Munsu esok pada jam 6.00 petang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram