Jawapan TMJ Mengenai Sasaran JDT Di ACL Musim Ini
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ memberi jawapan mengenai sasaran pasukan dalam kancah Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Skuad kendalian Tano Solari menempuhi satu musim yang cukup membanggakan selepas menjulang kejuaraan Liga Super 2023 kali ke-10 berturut-turut.

Malah, musim ini dilengkapkan dengan kejayaan menjulang Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan juga kini selangkah ke final Piala Malaysia 2023.

Advertisements

Mengulas lanjut, DYAM TMJ sempat berkongsikan sasaran pasukan pada setiap musim adalah konsisten untuk terus memperbaiki persembahan pasukan.

“Bagi saya sasaran JDT setiap musim sama. Kami mahu sekurang-kurangnya top 4 Liga Super, suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia.”

Advertisements

“Namun untuk ACL, saya sasarkan untuk pasukan dapat mara ke pusingan 16 terbaik,” jelas baginda di segmen Nindia Bola.

Baginda juga mahu melihat JDT dapat mara hingga ke peringkat suku akhir kejohanan berprestin di Asia namun menyedari terdapat pelbagai aspek yang perku ditambah baik dalam pasukan.

Advertisements

Skuad Harimau Selatan telah melakukan satu pencapaian yang cukup luar biasa apabila mara ke pusingan kalah mati termasuklah membenam cabaran kelab gergasi Korea Selatan dan Jepun iaitu Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale.

Pada musim ini, JDT sudah merekodkan satu kemenangan dalam aksi kumpulan tatkala berdepan lawan yang sama iaitu Ulsan dan Kawasaki Frontale selain cabaran kelab Thailand, BG Pathum United.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram