Ads
Harimau Malaya
FA Malaysia

Skuad senior Malaysia mendapat tamparan hebat menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan.

Advertisements

Ini selepas bek kanan muda Terengganu FC, Azam Azmi Murad dilaporkan mengalami kecederaan.

Advertisements

Kelibatnya dikatakan tidak kelihatan semasa Harimau Malaya memulakan sesi latihan yang bermula sejak beberapa hari lepas.

Advertisements

Advertisements

Perkara ini telah dinyatakan oleh wartawan MakanBola, Faris Zukeiman semalam. Dan hari ini, hal sama turut dilaporkan wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Ketiadaan Azam dijangka memaksa jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengubah perancangan beliau.

Advertisements

Ini kerana bek kanan berusia 22 tahun itu dianggap pesaing kepada bek kanan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Matthew Davies di posisi berkenaan.

Setakat artikel ini ditulis, FAM belum membuat pengumuman rasmi tentang status Azam. Satu pengumuman rasmi dijangka dibuat tidak lama lagi.

Advertisements

Malaysia akan melayan kunjungan Kyrgyzstan pada 16 November 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram