Advertisement
Malaysia Terlepas Tempat India
Harimau Malaya
MakanBola
India Football Team

Malaysia terlepas tempat untuk berada pada kedudukan India.

Kedua-dua pasukan bertemu pada aksi persahabatan Tier 1 FIFA bulan November yang menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.

Harimau Malaya berterima kasih kepada jaringan penyerang berpengalaman, Paulo Josue namun tidak cukup untuk mengubah senario undian Kelayakan Piala Asia 2027.

Skuad kebangsaan sah berada pada Balang 2 menjelang undian tersebut sekaligus menyaksikan hasrat untuk mengambil alih tempat The Blue Tigers tidak menjadi kenyataan.

Kemas kini terbaru menyaksikan Balang 1 dihuni oleh pasukan Syria, Thailand, Tajikistan, Lubnan, Vietnam dan juga India manakala Malaysia, Turkmenistan, Filipina, Afghanistan, Hong Kong dan Yaman dalam Balang 2.

Singapura, Maldives, Chinese Taipei, Myanmar, Jepun dan Bhutan pula berada dalam Balang 3 sekaligus bakal menghadirkan cabaran sengit kepada skuad kebangsaan.

Beberapa pasukan lain seperti Sri Lanka, Brunei, Bangladesh, Laos, Timor Leste dan Pakistan menjadi potensi lawan terakhir dari Balang 4 berdepan Harimau Malaya.

Undian bagi Pusingan Kelayakan Piala Asia 2027, yang dijadualkan berlangsung pada 9 Disember 2024 di AFC House yang bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia.

Malaysia ketika ini menghuni tangga ke-132 dunia dan menjadi pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (97), Vietnam (116) dan Indonesia (125).

Persediaan pasukan ketika ini terarah kepada saingan Piala Mitshubishi Electric ASEAN 2024 yang bakal bermula pada 8 Disember ini.

Format kali ini menyaksikan hanya juara kumpulan yang bakal layak ke Piala Asia 2027 yang bertempat di Arab Saudi.